Islamic Widget

Tuesday, July 27, 2010

Bingkisan Dari Mak Su Ngi

Salam..sudah lama menanti blog hj din diaktifkan semula setelah sekian lama sunyi tanpa berita...marilah kita sama-sama memeriahkan blog ini dengan berita2 terkini untuk tatapan dan makluman kita semua.Mak su mewakili semua mak2 penakan meminta semua ahli keluarga supaya selalu melayari blog kita ini dan memberi komen serta memaklumkan sebarang perkembangan untuk tatapan kita semua...selain melayari facebook.Tapi sedihnya mak su tak ada pertambahan ahli keluarga hanya lima saja...siannyer..jelez tengok adik beradik lain bertambah ahli keluarga tiap tahun...tapi tak pa mak tam pun sama...jgn mare tam...

- Mak Su Ngi
27 Julai 2010

Thursday, July 15, 2010

Hari Keluarga Kali Ke 20 (2010)

Salah Ukhwah buat semua sanak saudara keluarga Hj Din.

Sambutan Hari Keluarga kali ke 20 pada tahun 2010 ini akan menjelang lagi. Alhamdulillah, kali ini kita semua akan dipertemukan dengan izin Allah di rumah Mak Njang Kiah, batu 9, Jalan Kaki Bukit. Seperti Biasa pada hari raya ke dua. Butirannya seperti di bawah,

Tarikh : 2 Syawal 1432 H (Raya ke Dua) , bersamaan ( 11 September 2010 )
Hari : Sabtu ( Jam 9.00 pagi - 6.00 ptg)
Tempat : Rumah Pak Njang Mat / Mak Njang Kiah
Alamat : Batu 9 (KM 14), Jalan Kaki Bukit, Beseri, Perlis.
(Berhadapan dengan IKM Beseri)
Pihak Tuan rumah ingin menjemput dan mengalu-alukan seluruh ahli keluarga sanak-saudara, anak, cucu, cicit, piut Hj Din & Hjh Che Teh agar sama-sama kita meriahkan sambutan hari keluarga yang kita adakan saban tahun ini. Semuga pertemuan ini akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah jua hendaknya.

Anugerah Cemerlang Hari Keluarga Hj Din

Salam untuk semua Keluarga Hj Din,
(Sedikit Maklumat dari pada AJK Kecemerlangan Hari Keluarga Hj Din ( WaChe'Da) untuk tindakan semua ahli keluarga Hj Din...)

Kepangkuan seluruh adik beradik,anak menakan,cucu-cicit dalam keluarga besar Hj.Din.
Alhamdulillah....Ramadhan bakal bertamu lagi,dan sekarang dah Sya'ban....

Setakat ini wache'da menerima 2 calon shj untuk anugerah kita yang berprestij buat kali ke 20 ini.(takkan 2 org je kot)
1.Nadiah Ameran gpa 3.65
2.Abd Majid Manan upsr 5A

(Terima kasih Kak Dah)

Kling ! kling ! kling ! Pihak jawatankuasa merayu agar nama dihantar lebih awal untuk proses persediaan pesanan,perancangan keewangan dan karenah2 birokrasi,
Sukacita dimaklumkan bahawa tarik tutup penyertaan ialah seminggu sebelum 1Ramadhan (sepertimana arahan oleh penaung jawatankuasa,Ybhg
Tok Lang Haron) , maka dengan itu adik kakak sekelian, nama perlu sampai pada wache'da sebelum 4 ogos 2010 hari Rabu bersamaanlah juga dengan 23 Syaaban.
Melalui kaedah-kaedah berikut -- emel drhudadh@gmail.com, sms- 019-3573333,atau pd lembaran baru di blog kita.

Seperti yang telah diputuskan oleh mesy, kriteria kita
1.Tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun
2.UPSR-5A
3.PMR-7A
4.IPTA & IPTS-GPA 3.5 & above
-petunjuk mata 4.0 & 3.5
-excellent grading standing remark & very good achievement
-marking scheme- excellent & distinction.

Sekian Wassalaaaaaam...

Tuesday, July 06, 2010

Maklumat Ahli Keluarga Hj Din.

Kepada semua sanak saudara , ahli keluarga Hj Din. Sudilah kiranya adik beradik dapat berikan maklumat terkini ahli keluarga yang baru masuk dalam keluarga Hj Din ini. Maklumat yang diperlukan ialah nama ahli baru yang melangsungkan perkahwinan dan juga ahli yang mendapat cahaya mata baru sejak tahun 2007 > 2010. Sertakan nama penuh dan siapa pasangannya. Bagi yang baru mendapat cahaya mata, nyatakan nama dan anak siapa ? Maklumat ini boleh kita kongsi bersama untuk sambutan HARI KELUARGA HJ DIN yang akan datang.
1. Keluarga Wa = (dah update)
2. Keluarga Pak Ngah =
3. Keluarga Pak Lang = (dah update)
4. Keluarga Pak Njang = (dah update)
5. Keluarga Pak Ndak = (dah update)
6. Keluarga Pak Teh =
7. Keluarga Pak Tam = (dah update)
8. Keluarga Pak Cik = (dah update)
9. Keluarga Pak Su Bakar =
10. Keluarga Pak Su Mat = (dah update)

(Untuk pengesahan sila ke lembaran keluarga masing-masiang.)

Kerja sama yang diberikan, bloger ucapkan ribuan terima kasih.