Islamic Widget

Tuesday, September 21, 2010

Suasana Hari Keluarga 2010

Salam.
Sedikit gambaran keriangan di Majlis Perjumpaan keluarga 2010. Maaf klu ada gambaq yg candid. Semoga terhibur.

Nak buat apa dengan bakui tuh Mak cik Yah

Geng beratur bg duit raya

Sesi duit raya

Sesi Tazkirah

Best 3 utk pertandingan ikat sampin

Kak Yana menunjukkan kemahiran buat bunga sampin

Ini apa kes

Akram, awat sampai tertidoq..

P/s: Jika ada lagi gambar yang nak dikongsi bersama, sila e-mail pada pojan. Buleh tambah koleksi gambar yang dah ada diatas.

Monday, September 20, 2010

Majlis Perhimpunan Keluarga Hj Din & Co

Salam..
Maaf diatas kelewatan mengemaskini blog bagi memuat naik sedikit gambar sempena hari keluarga pada raya tahun ini (2010). Maklumla, sibuk dok p jemputan open house. Majlis telah berlangsung di kediaman Pak Njang Mat dan Mak njang Kiah di Beseri pada 2 Shawal 1431 (11 September 2010).

Gambar 9 Anak Menantu

Wa Bakar & Wa Timah

Pak Ngah Ishak & Mak Ngah Munah

Pak Njang Mat & Mak Njang Kiah

Pak Ndak Hasan & Mak Ndak Bi

Pak Tam Ghazali & Mak Tam Yam

Pak Teh Mat & Mak Teh Bee

Pak Cik Yeh & Mak Cik Yah

Pak Su Bakar & Mak Su Tun

Pak Su Mat & Mak Su Ngi

Hadiah Ahli Baru (Pengantin Baru)

Hadiah Ahli Baru (Bayi Baru)
P/s: Jika ada dikalangan ahli keluarga yang mempunyai gambar menarik untuk dikongsi bersama, silalah e-mail pada saya di fauzanabuhasan@gmail.com. Akan saya upload untuk post seterusnya bagi tontonan semua ahli keluarga diutara, selatan, timur barat dan dimana2 sahaja.
Sekian.




Wednesday, September 08, 2010

Berita terkini Pak lang di San Francisco

Alhamdulillah, baba baru selesai berjumpa dengan doktor Alan sebentar tadi.Doktor mengesahkan segalanya2 memuaskan. Tapi baba perlu lebih rehat setelah pulang dan kami sedang mencari penerbangan yang boleh pulang. Yang telah kompom selepas raya baru tiba malaysia. Kalau sebelum raya, masih dlm waiting list. Besar kemungkinan, 6 org sekaligus susah didapati. Kami hanya mencuba, nampak gaya lepas raya baru sampai.

(Ayat di atas dari baba sendiri)

P/s:
Selamat hari raya buat semua sanak saudara dari kami di San Francisco.. Makan2 ketupat tu, ingat2 kami sama na.. Hadiah cabutan bertuah, jangan buang nama kami..(Makcikyah!! Cabut nama kami)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by Hana

Catatan dari Blog dikna.

Tuesday, September 07, 2010

Petikan Ucapan Pak Lang

Assalamualaikum.
Buat tatapan semua ahli Hj.DinNCo, disini saya uploadkan petikan ucapan Pak Lang Haron dari San Francisco khas buat semua yang tidak jemu-jemu berdoa untuk kesihatan Pak Lang.


Ihsan dari website Darussifa' dan Blog DikNa


Monday, September 06, 2010

Tatapan buat HjDinNCo dari SF

Dekna dapat message dari Alang yang bertanyakan " hari ni takda berita ka?"...

Kami disini semuanya Alhamdulillah..baba terutamanya.. baba akan memulakan pagi nya dengan berjalan sejauh yang mungkin untuk menguji samaada rawatan baru2 ini berkesan.. geng2 kaki pukul akan ikut tiap2 pagi menemani baba berjalan menghirup udara pagi yang sejuk!..(dekna ada alasan yang kukuh - teman mama di rumah..heheh) selalunya dalam lingkungan 15darjah ke 17 darjah celcius.

Mimi akan mengeluarkan handphone nya yang canggih itu untuk merekod setiap langkah perjalanan mereka supaya baba dapat melihat sendiri sejauh mana mereka berjalan...

Hari pertama keluar dari hospital, baba mampu berjalan sejauh 4.4km tanpa bantuan dari GTN spray (spray jantung la). dan semalam, hampir 6km! orang sihat pun mengah dok ligan. dia jalan dah la laju.
nak jadi cerita, baba mai USA pakai kasut kerja yang berkilat2 tuh.. kami pun belila kasut berjalan untuk dia, tak sedap pula..(pasai jalan jauh)..apa lagi, baba pun berhenti tengah jalan, tukaq kasut dengan abg.hamdi yang terang2 kaki dia lebih besaq dari baba.. Anak baba sorang tuh baik sungguh, sanggup berjalan terhincut2 dok ligan baba dengan kaki yang dah luka2 pasai melecet. ish ish ish... nanti bila perjumpaan keluarga, nak kena adakan anugerah anak mithali tok dia..

Pagi tadi ketika bersahur, dekna sampaikan salam makcik pakcik anak2 saudara semua pada baba.. Dia tergelak besar bila dekna sebut:
"mak njang dan pak njang dok suruh alang bukak internet hari2".. hihihihihihihi

ni dekna dok tunggu baba dan geng2 kaki pukul balek dari 'jalan pagi'.. tak tau lah berapa km pulak kali ni depa jalan.

Kalau ada pesanan untuk baba atau kami (kesian kami takdak pesanan istimewa), sila - sila lah tulis..jangan malu2...

oh lupa, baba akan berjumpa semula dengan Dr.Alan Yeung pada 7hb ini(selasa) memandangkan 6hb(isnin) depa semua cuti hari pekerja.. dan dan nih la depa nak cuti umum..

ok, dekna merepek lagi esok.. insyaAllah kami akan menerima kunjungan dari orang2 Malaysia yang tinggal di sini esok jika tidak ada aral melintang.. saya akan masukkan gambar esok ye!

tata kakak2 ku dirumah,maksu ngi,maknjang,makcik yah, pojan, abg naim,abg nasir k.zeti dan lain2 (nak tulis semua mau jenuh scroll ke bawah)...

Friday, September 03, 2010

Laporan penuh oleh Dr.azlin

Catatan di'copy' dari Blog DikNa. Petikan asal diambil dari laman web Darussyifa'

Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 12:15 PM
Salam...
Alhamduliillaaaahhh berkat doa semua lebih-lebih lagi dengan barakah Ramadhan TGHD selesai angiogram with angioplasty done.
Nampaknya Dr.Alan, berpuashati dengan prosedur tersebut dan tidak meneruskan dengan 'off pump surgery'...Alhamdulillaahh...
Biasanya prosedur angiogram akan mengambil masa 20-30 minit, tapi dalam kes TGHD ,Dr.Alan memerlukan 3 jam untuk benar-benar yakin.!
Ini bermakna jam 12.16pm baru selesai(3.15a.m waktu Malaysia)...dan selepas itu stabilization for 1hr.
Penyempitan ketara di kesan pada pangkal graf salur darah LAD (left anterior decending).
Sepatutnya diameter saluran tersebut melebihi 4mm, tetapi penyempitan di kesan hingga ukuran diameter cuma tinggal 2.9mm.
Setelah dipasang stent, ukuran diameter graf akan meningkat kepada 5mm.
Selepas dipindahkan ke wad biasa,TGHD akan dipantau berkala 24jam.
Let's pray the graft is functionally sound as it is anatomically convincing.

Huda
SG0157

Khamis 2-Sep-2010 (23-Ramadan-1431H) @ 02:16 PM
Salam...
Baru lepas video conferencing dengan Dr.Azlin
TGHD sekarang ditempatkan di IICU (Intermediate Intensive Care Unit) for 24hours continuous monitoring.
Prosedur yang memakan masa yang agak lama (4jam) serta sejumlah dye yang masuk agak banyak menyebabkan tekanan darah TGHD mencanak naik sehingga 200/100 ketika angioplasty.
Pukul 5 pm(waktu US) baru TGHD sedar tapi dalam keadaan amat letih.(masuk 8 pagi)
Sekarang ini,suhu badan meningkat dan didapati demam.
Tekanan darah pula menurun hingga diastolik mencecah 40 (hipotensif) kerana TGHD mengalami dehidrasi(kekontangan).
Setakat ini sebanyak 2L N/S telah di suntik melalui jalan intravena.
Pukul 7.30 ptg (waktu US) ada sahabat yang menghantar nasi beriyani,TGHD dapat makan dengan bantuan tetapi dalam kuantiti yamg memadai kerana dadanya masih terasa berat dan senak.
Dr.Alan Yeung telah melawat 2 kali selepas prosedur dan didapati sakit dada bukan disebabkan gangguan fungsi jantung tetapi kesan muskuloskeletal prosedur.
Ketika ini TGHD is heavily sedated with valium.
Insyaallah updating after Dr's round tomorrow.

Huda
SG0157

Jumaat 3-Sep-2010 (24-Ramadan-1431H) @ 06:05 AM
Salam..
Semalam luka tusukan (puncture wound) kawasan angioram mengalami perdarahan memandangkan trokar angiogram disana agak besar.
Ini kerana ianya dilengkapi alatan kamera untuk memeriksa diameter lumen salur terbabit,
Setelah redressing dan external compression yang agak lama barulah perdarahan terkawal.
Waktu melawat Intermediate Cardiac Care Unit ialah 11pg-8mlm dipergunakan sepenuhnya dengan bergilir-gilir menemani TGHD.
Review ECG post angiogram juga menolak kemungkinan kesesakan dada yang berasal daripada kardiak(of cardiac in origin)
Setelah sedar daripada sedation,TGHD berasa lapar tetapi makanan di kafeteria hospital memang mencurigakan.
Yang terang-terangan perlu disembelih tu,memanglah 'out of question' tapi menurut Dr.Azlin 'tuna sandwich bodoh' tu pun disediakan bersama 'white wine !!!'.......memang tertera pada ingredientnya...Aduuuhh....tapi disebabkan TGHD masih lemah dan perlukan glukos to boost up the energy...serta belum masanya hidangan makanan hospital.maka akhirnya Dr.Azlin terpaksa berpuashati dengan membeli roti bersama cheese untuk TGHD.
Dr.Azlin ada bertanyakan jururawat bertugas penyediaan makanan di hospital.Dengan bangganya dia menyebut yang makanan yang disediakan tidak dicampur liquor lagi halal(???) sambil memberi menu chit untuk pesanan.....menu utama hari itu..........main course 1) roasted beef ..or 2) pork chop.....tu dia aiiihh...kansel terus.....
Rezeki ,Allah hantar bila ada saudara kita disana menghantar makanan dan dapatlah TGHD menjamu selera......
Tidak ada jalan lain melainkan mendapatkan sumber yang diyakini di Halal Market yang perlu menaiki teksi 30-45mt satu hala(pergi balik sejam lebih).
Pagi ini,keadaan makin stabil, demam berkurangan, stabilization of blood pressure with appropriate rehydration.
Setelah ward round Dr Alan membenarkan pulang dahulu (nak makan pun senang)-- to challenge the heart by walking and other strenuos activity....lebihkurang macam 'test -drive' lah....and to come again (TCA) fo review.

Huda
SG0157

Diterjemahkan oleh Dr.Huda (Wa Che'Da) utk web site Darusshifa'

Perutusan dari Pak Lang Haron di SF

Dari pena Ustaz Haron Din
"Dgn rahmat Allah, saya telah menjalani rawatan jantung di Hospital Stanford California pada 31 ogos dan dibenar keluar pada 2 sept, masalah jantung saya telah dikenalpasti, dan diatasi menerusi 'stent'.
Menerusi beberapa test dan exercise, masalah jantung saya jauh bertambh baik dari dahulu. Hari ini, saya berjalan kaki sejauh 4.4km tanpa bantuan ubat 'GTN spray'.
Rawatan susulan pada 7 sept. Lepas itu baru tahu samaada boleh terbang pulang atau belum.
Bantuan, sokongan dan doa adik beradik,saudara mara serta sahabat2 amat dhargai. Terima Kasih."

Yang Benar,
Ustaz Haron Din
California,USA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pak Lang dah discharge from stanford

Petikan dari blog DikNa
Alhamdulillah,Baba dah discharge tepat jam 11.40pagi (waktu USA)..laporan penuh akan diberi kemudian.. Kami bawa baba pulang untuk beristirehat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 02, 2010

Pak Lang selesai menjalani Angiogram

Petikan dari Blog DikNa
Maaf kerana tidak sempat utk melaporkan laporan terkini selepas baba selesai menjalani angiogram. Kami berada di hospital dari jam 8 pagi dan tunggu baba di ruangan menunggu sehingga jam 4 petang.. Kami di bawa ke wad "intermediate cardiac care unit" di tingkat bawah untuk berjumpa dgn baba yang nyatanya masih lagi lemah dari prosedur yang dilakukan.

Dekna akan laporkan semuanya dgn lengkap esok selepas mendapatkan laporan penuh dari Doktor peribadi kita semua, Dr.Abg Azlin ;) memandangkan terlalu banyak "ayat2 doktor" yang perlu diterjemahkannya..cuma, tadi baba mengadu mengalami sakit dada. Kami pulang pada jam 4.30petang untuk bersiap sedia berbuka, dan isteri kepada en.Amir dtg memberikan nasi beriani. Pada jam 7mlm, Dr. Azlin dan abg hamdi pergi hospital untuk menghantarkan nasi pada baba.

Kami masih lagi mengalami jet lag (lebih kurang macam gangguan tidur akibat perjalanan melintasi zon berbeza) yang teruk.. (Sebab tu tak boleh buat laporan penuh) hehehe.. Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa nama baba di dalam doa anda semua.. InsyaAllah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pak Lang menjalani Angiogram

(Petikan diambil dari blog DikNa)

Baba baru selesai menjalani angiogram. Taklimat awal dr dr alan yeung kepada kami semua, graf pada penghujung LAD dan cabang2nya berfungsi dgn baik. Selepas 3 jam mencari di mana masalahnya, dr Alan menjumpai penyempitan yang ketara pada pangkal/proximal graf salur darah LAD tersebut.

Diameter salur darah itu sepatutnya lebih dr 4mm tetapi pada pangkal graf baba ianya kurang dari 2.9mm. Stent telah dipasang pada kawasan tersebut dan dpt meningkatkan diameter graf pada lebih 5mm.

Alhamdulillah buat masa ini tiada pembedahan diperlukan. Jangkaan dalam 1jam lagi prosedur itu akan tamat dan baba akan dipindahkan ke dalam wad untuk semalaman.

Diharapkan prosedur ini dpt menyelesaikan masalah 'angina' yg sering kali berlaku.

Sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 01, 2010

Perkhabaran Dari Stanford Hospital



Wednesday, September 1, 2010


Perkhabaran terbaru
Baba baru selesai menjalani pemeriksaan fizikal dgn Dr Alan Yeung pada jam 11pagi tadi. Semuanya dalam keadaan baik dan dijadualkan menjalani angiogram pada jam 8 pagi esok (waktu USA), 11malam (waktu malaysia). Berdasarkan keputusan angiogram tersebut, akan dikenalpasti sama ada perlu untuk diadakan off pump surgery atau cukup dgn angioplasty sahaja. Baba akan mula berpuasa pada tgh malam ini sebagai persediaan untuk prosedur besok. Pd petang smlm, baba cuba utk buat sdikit senaman dgn berjalan kearah stanford hospital(1.3km), tetapi hanya dapat sampai anggaran 700m shj sebelum merasai serangan "angina". Tetapi baba tidak perlu mgunakan GTN spray dan masih mampu berjalan pulang serta terus berehat. Sama2 kita doakan kesihatan baba semakin baik dan segala urusan disini dipermudahkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by Hana at 4:07 AM